SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 10 September 2014

Tips SEO untuk blogger

Banyak pelajaran yang saya belajar sejak mula join shaklee ni, antaranya kepenting SEO untuk blog kita. Dulu waktu zaman remaja adalah juga berblog ni tapi tak serius mana pun. Lebih kepada cerita tentang kehidupan dan kisah-kisah peribadi je. Maka waktu tu tak nampak sangat pon kepentingan SEO dalam blog ni.

Kini, semuanya berbeza. Saya lebih serius berblog kerana ini adalah salah satu sumber rezeki saya. Aminn. Oleh yang demikian saya semakin rasa kepentingan SEO untuk blogger terutama blogger picisan seperti saya yang baru nak menapak. Huhu.

Antara tips mudah SEO untuk blogger:

Gunakan bahasa dan ejaan yang betul.
Jika kita selalu guna bahasa sms dalam setiap entry kita maka elakkanlah. Internet merupakan robot (alat/medium) untuk kita mencari sesuatu. Berikan arahan yang mudah untuk difahami mereka. Penggunaan ayat dan ejaan yang betul adalah lebih mesra dan rapat dengan enjin carian di internet. Contoh:

Elakkan: Tips Mdh SEO utk Blgr
Gunakan: Tips Mudah SEO untuk blogger

Keyword mudah untuk entry
Apabila kita menulis berkenaan sesuatu topik, selitkan juga 'kata kunci' lain tentang topik itu.

contoh topik: ESP SHAKLEE
keyword yang perlu diselitkan sekali perkataan didalam entry seperti cara bancuhan,  kesan ambil esp shaklee, esp shaklee sedap, resepi esp atau waktu ambil esp shaklee.

Ping setiap entry
Selepas setiap kali update entry baru, pastikan anda cepat-cepat 'ping' kan entry tersebut ke pingler.com atau googleping.com. Ibaratkan anda tak tonjolkan diri pada orang sekeliling anda, jadi sesiapa pun tidak perasan dengan kehadiran anda. Begitu juga dengan setiap entry kita. Jika kita tak ping blog, google tak kan alert dengan new entry kita.

Faham tak apa yang cuba saya kongsikan disini? Hehe..tak faham sila tanya ;)

Note with love,
Sha Salleh.

Instagram: vitamin_station
Blog: irsyahealthyhouse.blogspot.com
Page (FB): Irsya Healthy House

Notakaki: Apa yang saya kongsikan disini mungkin sesetengah sudah tahu. Tapi jika yang masih baru dalam dunia blogger ni dan mencari tips mudah untuk seo, anda semua bolehlah jadikan panduan. Semoga setiap ilmu yang saya kongsikan menjadi saham saya di sana kelak. Inshaallah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...