SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 17 October 2014

Jawapan Kepada Persoalan Kenapa Nuffnang ku 'Hilang'

Minggu lepas saya susah hati bila bukak blog, tengok semua ads Nuffnang tak muncul-muncul. Sehingga saya tulis entry mengenai Nuffnang hilang setelah tukar template. Kebetulan saya baru tukar template waktu itu. Lepas tu bila tengok blog tak naik ads Nuffnang memang sangat gelabah ditambah pula waktu itu CPUV berderet masuk. Nak nangis pon ada, kerugian la daku jika tak naik. Padahal takde la banyak mana pon. Hehe.

Puas juga saya godek coding html tu semula, berkali-kali dan berhari-hari. Tak nak putus asa sebab CPUV tengah banyak kan, so kena berusahalah sikit. Tapi tengokk coding memang takde masalah dan saya dah letak ditempat yang sepatutnya sama seperti sebelum ini. Last skali, dah tak tahu nak buat apa, maka ku buat muka tak malu saja hantar ticket ke pihak Nuffnang.

Selepas dua hari hantar ticket, saya dapat feedback daripada Mr.James, Community Intern dari Nuffnang. Lihat gambar dibawah :

Reply ticket dari Nuffang
klik gambar untuk lebih jelas ;)

Disebabkan Mr.James ini ada bertanyakan mengenai plugin AdBlock, terus saya teringat memang baru-baru ni saya ada hantar komputer untuk dibaiki dan mungkin orang kedai tu ada ubah setting ke, entahlah saya tak pasti. Sebab sebelum ni saya buka memang tiada masalah. Maklumlah bila dapat balik komputer terus bersemangat nak tukar template. Huhu.

Jika saya buka melalui pelayar chrome dan mozilla, iklan Nuffnang saya tak muncul. Kali ini, saya cuba buka pula melalui pelayar Internet Explorer (IE), dan hasilnya...

Leaderboard

Sidebar



Taraaaa...
sebenarnya ada saja. Tak hilang pon..uwawawa!
Terima kasih lah pada pihak Nuffnang yang baik ahti menjawab persoalanku.

Ini semua mungkin disebabkan oleh plugin AdBlock.
Huhu.
Okay, saya tak tahu nak disable kan mende ni, so lepas ni bukak blog guna IE sajalah.



1 comment:

  1. bila saya buka blog sha ni pun, mmg tak nampak any nuffnang la dear..sori dok reti jgok pasal Adblock tu..hmm...:(
    http://vitamincintaummi.blogspot.com

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...