SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Friday 3 October 2014

Wanita Jangan Ambil Mudah Kanser Serviks

Apa itu Pap Smear dan ketahui cara mudah melakukan ujian Pap Smear


Kanser serviks atau kanser pangkal rahim merupakan kanser kedua terbanyak dikalangan wanita selepas kanser payudara. Dianggarkan lebih kurang 18 orang wanita dari setiap 100,00 penduduk menghidap kanser ini. Namun anda boleh mencegahnya dengan membuat pemeriksaan pap smear yang kerap untuk mengetahui lebih awal sama ada anda mempunyai penyakit atau masalah di bahagian wanita anda mahupun tidak.

Ramai dikalangan wanita yang mengambil mudah dan takut untuk menjalankan ujian pap smear ini berikutan kurang pendedahan tentang kepentingannya dan kurang informasi yang tepat. Kebanyakkan mereka tidak mahu membuat ujian ini, risau sakit ketika ianya dilakukan dan alasan tidak bersedia untuk melakukannya adalah yang paling kerap didengar. Jom dapatkan informasi yang betul dan tepat mengenai pap smear.


sumber: myserviks


Apakah itu ujian pap smear?
Ujian Pap Smear ini merupakan suatu kajian untuk memeriksa kesihatan serviks. satu saringan untuk mengesan keadaan pra-kanser (sebelum terjadi) iaitu terdapat sel seriks luar biasa yang boleh mengakibatkan kanser. Sekiranya anda menjalankan ujian pap smear ini, ianya mungkin boleh menyelamatkan nyawa anda dari kanser serviks.

Adakah ujian itu menyakitkan?
Ia tidak menyakitkan dan hanya prosedur mudah dimana sedikit sel diambil dari serviks dan dihantar ke makmal untuk kajian. Ujian pap smear tidak memerlukan ubat atau bius. Masa menjalankan ujian ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja.

Siapa yang harus menjalani ujian tersebut?
  • Wanita yang berumur diantara 20-65 tahun
  • Mereka yang pernah atau aktif dalam hubungan seksual

Cara mudah membuat ujian pap smear :

Catat kitaran haid
  • Ujian pap smear tidak boleh dilakukan semasa haid, seeloknya selepas hari ke 10-15 hari kitaran. Senang kata lepas habis period dan diri sudah dalam keadaan bersih.

Bersedia sebelum buat ujian
  • Anda tidak digalakkan melakukan hubungan seks 24 jam sebelum ujian dijalankan kerana ia menyebabkan keputusan tidak tepat.
  • Jangan lakukan 'duoche' atau gunakan spermicid, perancang keluarga, kaedah halangan atau penggunaan jelly 'lubricant' 2 hari sebelum ujian dijalankan. Bahan kimia yang terdapat dalam bahan tersebut mungkin boleh memberi kesan kepada kualiti sampel.

Pergi ke klinik kesihatan berdekatan anda :
  • Ujian ini boleh dilakukan dimana-mana klinik kerajaan atau swasta yang menyediakan perkhidmatan ini dan Lembaga Penduduk Perancang Keluarga Negara (LPPKN).
  • Daftar nama di kaunter dan maklumkan yang anda ingin menjalani ujian pap smear. (atau telah membuat temujanji terlebih dahulu dengan klinik berkenaan untuk tujuan ini)
  • Buat prosedur . Doktor atau jururawat terlatih akan mengambil spesimen di pangkal serviks kita. Sekiranya anda tidak takut dan memberikan kerjasama yang baik, dalam 5 minit telah selesai semuanya. Sakit macam kena semut gigit je, takkan tak boleh tahan sikit kan.

Tunggu keputusan
  • Keputusan kesihatan anda boleh didapati dalam tempoh 2 hingga ke 3 bulan selepas ujian pap smear dilakukan.
  • Jika ada sebarang sel yang abnormal (luar biasa), biasanya pihak yang berkenaan akan telefon maklumkan pada anda terus.

Okay. Dah selesai pon. Sebenarnya mudah sahaja kan cara melakukan pap smear ni, tapi kenapa ramai wanita yang masih tidak sedar kepentinganya. Biasanya, bila dah sakit dan diagnos kanser pangkal rahim, sudah berada di tahap ke-3 atau 4. Semua ini mungkin berubah jika anda melakukan ujian pap smear lebih awal dan berkala. 

Rujukan : MyServiks

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...