SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday 5 October 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha

Salam Aidiladha

Saya mewakili Irsya Healthy House dan @Vitamin_Station, mengucapkan Selamat Hari Raya AidilAdha bagi seluruh umat Islam tak kira dimana anda.

Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Aidiladha yang disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun mengikut tahun Hijrah. Ianya merupakan perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Bermula dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.. Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Sanggupkah kita korbankan sesuatu milik kita? Adakah kita pernah berkorban untuk agama, keluarga mahupun diri kita sendiri?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...