SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday 18 October 2014

Tanda Keguguran Kehamilan dan Cara Mengatasinya

Keguguran Kandungan Di Awal Kehamilan

Keguguran di awal kehamilan selalunya kerap berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan. Malah tidak mustahil untuk anda mengalami keguguran, sebelum anda tahu bahawa anda sedang hamil. Dianggarkan 8-20% keguguran berlaku kepada ibu mengandung, dengan kes 80% berlaku sebelum minggu ke-13 dan 201% berlaku pada ibu yang kurang dari 20 minggu mengandung.

Kira-kira satu dalam lima kemungkinan kehamilan itu akan gugur selepas anda mendapati ujian kehamilan yang positif. Keguguran pada awal kehamilan biasanya berlaku kerana embrio tidak berkembang seperti yang sepatutnya. Ketahui tanda-tanda jika anda mengalami keguguran :
  • Sakit : kekejangan pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang.
  • Pendarahan faraj : pendarahan yang bertompok-tompok atau banyak yang kerap dan sekali sekala. Pendarahan juga tanda keguguran, tapi ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal.
  • Sakit belakang
  • Kehilangan tanda kehamilan :
  • Tiada pergerakan janin :
  • Ketiadaan denyutan jantung bayi :
  • Ujian positif bertukar kepada negatif :
  • Lelehan faraj :
  • Serviks terbuka :
  • Paras hormon hcG rendah :
Tanda-tanda keguguran yang paling biasa ialah keluar banyak darah daripada faraj disertai dengan kesakitan yang menyerupai senggugut yang teruk. Seeloknya jika berlaku pendarahan dan disusuli dengan sakit perut, rujuk segera dengan doktor bagi mengelakkan ancaman keguguran (threatened misscarriage).

Juga dikatakan jika anda mengalami alahan teruk semasa mengandung ianya membantu mencegah keguguran di awal kehamilan. Anda juga boleh baca entry saya berkenaan mencegah dan mengatasi alahan yang teruk semasa mengandung.



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...