SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday 12 October 2014

Part1 : Idea Dekorasi Bilik Tidur Anak

Hari ini cuaca mendung saja, kebetulan tinggal berdua saja dengan anak. Ditambah pula dengan keadaan diri yang kurang sihat, dalam hati nak rehat puas-puas je hari ni tapi gian nak update blog. Kali ini kita update tentang dekorasi rumah je, mana tahu kalau ada diantara ibu bapa disini juga tengah intai-intai untuk mendeko bilik tidur anak-anak kan. Jadi bolehlah berkongsi idea. Saya pilih tema warna merah jambu dan ungu untuk anak dara, antara beberapa pilihan idea dekorasi untuk bilik Baby Rayy nanti. Inshaallah. 










Nanti kalau Baby Rayy ada adik, nak deko macam ni lah dekat adik dia. Inshaallah, kalau ada rezeki. Ok, sekarang ni kita berangan dulu.




Nanti kita cari ilham dekorasi untuk bahagian bilik tidur utama (master bedroom) , bilik tetamu (guest room), ruang tamu (living hall), dapur basah dan kering dan tidak dilupakan dekorasi untuk bilik solat. Tengah cari ilham nak buat konsep apa, nanti dah dapat saya kongsikan dengan anda semua.

P/S: Buat masa ini kita cari idea dulu, inshaallah awal tahun depan bolehlah cuba buat aktiviti menghias rumah ni. Doakan saya yer ^_^

2 comments:

  1. Replies
    1. cantik kan..nak hias bilik anak, mamanya yang rambang mata.hehe

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...