SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Saturday 11 October 2014

Restoran Nasi Arab Sedap

Hari Sabtu selalunya para ibu-ibu akan cuti berehat dari rutin memasak. Ehh betul ke, atau saya sorang sahaja yang ada cuti memasak ni. Opsss...hehe. Okay saya nak berkongsi dengan anda semua, mengenai restoran bermenukan padang pasir punya citarasa, iaitu Restoran Arabian Mendy di Jitra, Kedah.

Saya sendiri sudah mencuba beberapa kali makan di sini, alhamdulillah makanan dia sedap-sedap belaka. Walaupun pertama kali mencubanya ternyata ia boleh masuk dengan tekak saya yang ala-ala melayu terakhir. 



Tengoklah buku menu restoran ni, ada pelbagai menu antaranya nasi mendy kambing dan ayam. Itu antara menu yang saya selalu pesan.



Menu yang atas ni, nasi mendy ayam. Manakala yang di bawah nasi mendy kambing. Bagi saya kedua menu ini sedap. Ikut selera anda, ada sesetengah tak suka makan kambing kan. Tapi okay je daging kambing ni sebenarnya, takde rasa pelik pon.



Okay, kalau anda ingin mencuba nasi arab ni boleh singgah di area Taman Mahsuri, Jitra. Berdekatan dengan pam minyak Shell dan masjid. 

2 comments:

  1. Wow!balik kampung wajib p ni..terliuq dah ni kak oiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah balik kampung nanti mai singgah yer.. ^_^

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...