SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Wednesday 18 May 2016

Rahsia Ayah Sihat Selepas Berpuluh Tahun Menghidap Gout

Lelaki Perlu Jaga Kesihatan Agar Tidak Kena Gout! Info Gout dan Rawatan Pencegahan

Gout. Cikgu sekolah rendah saya dulu ada masalah gout. Tapi waktu tu saya tidak tahu pon apa itu penyakit gout. Maklumlah masih kanak-kanak. Hehe. Bila dah melangkah alam sekolah menengah, ayah kawan baik saya ada juga masalah gout. Time ni saya baru 'tersedar' sikit macam mana sakit gout tu.. 

Okay, saya bukan nak bercerita pasal kisah mereka ini. Tetapi saya nak berkongsi info dan cara nak mengelakan dan mengatasi penyakit gout dengan anda semua. Sebelum tu, kalau baik hati tolonglah sedekahkan al-fatihah buat arwah cikgu saya, Jamil Bin Ahmad, arwah kawan baik saya Noor Fadhilah dan ayahnya.


Apa itu Gout?

Penyakit Gout adalah disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan. Asid urik ini merupakan bahan kumuh yang berasal dari sejenis protein dipanggil purin.

Bagi pengidap gout, asid urik yang telah berlebihan tidak dibuang dan berkumpul dalam sendi. Biasanya mendapan berlaku pada sendi ibu jari tetapi ia juga boleh berkumpul di sendi lain seperti belakang kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan, siku dan jari.

Gout boleh menyebabkan:
  • kesakitan
  • bengkak
  • kemerahan
  • panas pada tempat bengkak


Siapakah Yang Berisiko Hidap Gout

  • ada keturunan yang mempunyai sakit gout
  • lelaki
  • berat badan berlebihan
  • mengambil alkohol
  • banyak ambil makanan bersumber purin
  • penggunaan ubat-ubatan seperti aspirin dan diutretic


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...