SUPER HOT BULAN INI...

♥Followers♥

Sunday, 15 May 2016

Seksanya Jika Bentan Waktu Berpantang! Ibu Muda Jangan Ambil Mudah.

Ramai ibu-ibu muda memandang remeh soal berpantang selepas melahirkan. Ada juga yang keluar membeli-belah di shopping mall dengan membawa bayi yang masih merah. WOW! 

Tidak takutkah jika ibu jari tersepak sesuatu atau tidak terfikirkah bahawa bayi yang telah dilahirkan itu masih lemah dan telah diusung ke tempat awam. Wowww !

Walaupun kita ibubapa moden di zaman canggih ini, bukan bermakna cara pantang selepas bersalin juga harus berubah 360 darjah.



Apa itu Bentan?

Bentan bermaksud sakit semula setelah sembuh semasa proses rawatan selepas bersalin. Maksudnya, jika ibu tidak menjaga diri ketika tempoh rawatan, dia berisiko untuk mengalami sakit semula atau bentan. Ada ibu mengalaminya pada penghujung tempoh berpantang atau selepas selesai melalui pantang.


Tanda dan Sebab Bentan :

  • Mengambil makanan sejuk atau terlanggar benda keras.
Akibatnya badan berasa sejuk dan seperti hendak pitam. Ia berlaku kerana dalaman badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya.

Sekiranya mengalami keadaan ini, sukar untuk ibu sihat dengan segera. Ada yang mengalaminya berminggu-minggu bahkan ada yang sampai berbulan sebelum kembali sembuh.

Jenis Bentan :

  1. Bentan urat

    Badan menjadilemah seperti demam, bisa-bisa urat dan sendi badan seperti lutut menggigil kesejukan walaupun pada waktu tengah hari, seluruh otot badan tegang dan kejang. Ia berlaku apabila ibu terlalu aktif melakukan kerja rumah atau aktiviti fizikal lasak. Rawatan bertangas atau wap herba mampu melegakan keadaan ini.

  2. Bentan urat peranakan/ urat rahim

    Sakit dibahagian ari-ari yang sederhana atau terlampau sakit sehingga mengakibatkan tumpah darah. Ia boleh berlaku sekiranya ibu mengangkat objek berat, tersepak ibu jari kaki atau terjatuh terduduk atau terhempas yang boleh menyebabkan bentan urat peranakan.

  3. Bentan urat besar (pinggang)

    Urat besar ialah urat buluh rahim yang melalui bahagian pinggul dan menyebabkan rasa lenguh dan sakit di atas bahagian belakang. Biasanya ia terjadi kepada ibu yang bersalin secara pembedahan Caeserean. Kadang kala kesakitan di bahagian pinggang dan tumit yang serius sehingga ibu jalan berdingkit-dingkit.

Cara Mengelakkan Ibu Terkena Bentan :

  1. Banyakkan berehat

    Selepas bersalin, ibu perlu banyak berehat, jangan terlalu aktif membuat kerja rumah atau mengangkat objek berat termask memandikan bayi. Minta bantuan daripada suami atau penjaga lain untuk membantu.

  2. Elak jangkitan kuman

    Ibu selepas bersalin mudah mendapat jangkitan kuman pada bahagian peranakan, rahim, saluran atau pundi kencing. Oleh itu jaga kebersihan diri anda untuk mengelakkan jangkitan kuman.

  3. Jaga pemakanan

    Pemakanan turut mempengaruhi masalah bentan. Oleh itu pastikan ibu mengamalkan pemakanan sihat dan berkhasiat khusus untuk ibu berpantang.

    Antara makanan bersifat sejuk dan boleh menyebabkan wujud angin dalam perut yang mesti dielakkan seperti kangkung, kacang panjang, labu air, kubis, terung, nangka muda.

Supplemen yang sesuai jika alami Bentan :

Sekiranya anda alami bentan ketika berpantang, saya syorkan agar anda mencuba vivix dan ostematrix shaklee untuk mengatasi bentan sekiranya berulang lagi dan boleh ambil sebagai pencegahan untuk mengelakan bentan.

Kedua-dua kombinasi supplemen ini, insyaallah dapat membantu masalah bentan dikalangan ibu sewaktu berpantang.

Anda mungkin akan kata saya hanya ingin lariskan produk. Jika itu tanggapan anda pada saya, anda salah! Saya hanya ingin membantu kerana saya juga wanita yang biasa rasa seksanya jika terkena bentan ya.

Tak percaya vivix dan ostematrix membantu atasi bentan? Lihat testimoni ini :

"Ada satu malam tu saya dah sakit sengal-sengal badan, second time kalau tak silap saya..
Malam tu saya try ambil vivix dan ostematrix,
esoknya hilang yang bentan tu.
Mula-mula macam ye ke sebab vivix dan ostematrix...tapi bila kali ketiga kena dan saya ambil lagi cara yang sama.. memang hilang bentan tu..
Saya yakin laa sebab vivix dan ostematrix jugak sebab semalam kena dekat pinggang lagi dan tangan, pastu saya terlelap susu baby tak ingat nak makan vivix dan ostematrix tu, terjaga anak nak susu baru teringat... Bangun ambil vivix dan ostematrix pastu susu baby tertidur balik, pagi ni bangun memang rasa fresh badan tak rasa sengal-sengal tu lagi.
Semuanya dengan izin Allah jua."


Ibu-ibu yang tengah mengandung tu, jangan lupa dapatkan sebotol vivix tau
persediaan untuk berpantang nanti.

Para suami pon boleh hadiahkan vivix ni untuk isteri tercinta yang telah bertarung nyawa lahirkan zuriat untuk anda :)

Apa-apa pun jangan kita berlokek untuk kesihatan diri sendiri.

Hubungi saya, 
Sha 012-9362692 untuk tempahan dan pertanyaan.






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...